beee sweet





Pancaroba
Thursday, May 26, 2011 | 0 comment(s)
Dulu sememang nya aku seorang yang sangat nakal . Nakal yang bagaimana ? Ala nakal mengada je tau . Walaupun dah ada boyfriend tetap nak mesej orang lain walaupun tengah bergaduh masih nak curang serta berkasih sayang dengan orang lain walaupun dah ada boyfriend boleh pula couple sana sini walaupun dah ada boyfriends tetap date dengan lelaki lain hish memang teruk bukan ? Yeah ! Itu memang yang berlaku pada aku suatu ketika dulu sejak aku menjangkau usia 13 tahun sehingga lah aku semakin matang pada umur 15 tahun . Tak lama di ikut kan pada tahun tapi lama jika di banding kan dengan saat minit jam hari minggu dan bulan .

Semua itu berubah dengan cepat . Perangai buruk yang dahulu nya aku lakukan sewaktu aku belum matang aku akhiri nya ketika mencecah usia 15 tahun . Aku tinggal kan semua perangai aku yang buruk dan memperbaiki kelemahan dan keburukkan suatu ketika dulu tidak pernah aku memikirkan nya . Aku tekad untuk berubah dan aku memang berubah ! Aku tidak sempurna seperti Maha Pencipta untuk terus berubah menjadi yang terbaik di mata semua tapi aku cuba berubah dari segi diri aku dari perangai aku dan alhamdulilah aku berubah .

Aku mengucapkan terima kasih kepada dia yang pernah di suatu saat aku menyanyagi nya lebih dari diri aku dan kawan-kawan ku . Walaupun ketika itu terlalu banyak masalah yang aku sendiri tidak tahu perlu pihak pada siapa kerana keadaan terlalu sukar untuk aku kata kan nya . Tapi kerana dugaan yang hanya sikit di beri tapi tak pandai aku hadapi dengan asyik menyalah kan orang lain aku telah membuat keputusan dengan mengundur diri . Dari saat itu detik permulaan hidup ku telah berubah banyak . Banyak benda yang aku patut kongsi kan aku hanya mendiam seribu batu . Mengasingkan diri dari sekeliling .

Tiap saat tiap detik aku memerhatikan keadaan yang berlaku di sekeliling aku betapa indah nya melihat mereka ketawa bermesra bermanja di sana-sini tanpa perasaan segan silu . Aku masih diam terkaku . Aku keseorangan aku umpama tiada arah tuju untuk aku ikut kan . Aku hilang dalam kegelapan . Aku cuba bangkit dan bangkit untuk memulaukan diri aku yang terasa bagai asing di sisi orang . Aku cuba menepis segala kemusykilan dan pandangan orang terhadap aku dengan berkata YEA! AKU BAHAGIA BERADA DI SISI DIA sedangkan hakikat hanya aku yang tahu dan aku menipu diri aku sendiri .

Hari berganti hari tapi aku tidak mampu tahan sendirian . Aku cuba belajar untuk berkongsi segala yang aku ada . Satu persatu aku bongkar kan di dalam dada yang aku merasakan betapa sesak dengan masalah sehingga menyebabkan aku sukar untuk bernafas . Akhirnya aku berjaya untuk melakukan nya . Aku pandai berkata dan berjenaka dengan orang sekeliling aku cuba untuk tenang tanpa memberatkan masalah di kepala ku lagi .

Sepanjang aku begitu hidup ku sangat indah dan berbunga-bunga bagai terasa aku berada di Korea apabila musim ketujuh datang dan pohon-pohon jatuh ke atas rambut dan muka aku sambil di tiup angin sepoi-sepoi . Memang indah di saat itu dan aku mengharapkan biarlah berkekalan sebegitu . Tapi sangkaan aku hanya sementara . Perasaan itu muncul kembali tatkala aku sedang dalam kemuncak untuk lawan perjuangan masa depan aku . Aku berkata pada diri aku ini hanya sementara saja kerana perjalanan hidup aku dan dia masih panjang . Dan tekaan itu tepat ibarat panah yang terkena sasarannya . Hati ku hancur umpama kaca berkecai dari langit air mata aku berlinang tanpa henti . Aku rebah dan aku jatuh . Mendiam seribu batu kenapa mesti ini yang aku hadapi ???

Aku cuba kuat sekali lagi tapi tak mampu untuk aku berfikir sejauh itu . Hanya terduduk memandang langit kebiru-biruan sambil aku berkata bahawasanya jangan lah engkau berani janji pada ku apabila kau benar-benar tahu akan kepastian ini berakhir sebegini . Betapa seksanya aku untuk merawat luka dalam aku untuk kembali pulih betapa sukarnya untuk aku memujuk jiwa ku yang lara untuk kembali ceria . Akan aku pegang janji seribu kata kau dalam diri aku . Aku bertahan ! Hanya berkata dan menagis tidak mungkin aku dapat kembali dengan apa yang kau janji pada aku suatu masa dahulu . Terima kasih di pinta .





Older Post . Newer Post