I S G O N E
Thursday, June 2, 2011 | 0 comment(s)
Hai geng , long time tak post something new at here . So this time I want to share and tell you all something about 'HIM' . Okay , pendekkan cerita IREALLY-2MISSHIM . Yeah ! I cannot lie with myself because since we'r form3 sehingga kau pergi meninggalkan aku dan yang lain buat selama-lamanya aku memang rindu nak bertegur dengan kau bercakap dengan kau tengok kau bila kau hampiri meja aku :(Aku menyesal kalau lah
Yes ! You'r the best partner for everything . Kau selalu tolong orang kau selalu tegur kalau aku buat salah selalu tanya kalau tak faham waktu kita belajar subject maths sains english selalu masa rehat kau aku wanii wan lepak depan class share-2 kerepek makanan selalu kau mesej aku bila aku dengan faiq gaduh kau tolong settle kan kau selalu ambil berat semua nya kau ingat kan ? Ya Allah kenapa kau ambil dia terlalu cepat ? Sampai aku tak dapat bercakap bertegur tengok dia senyum minta maaf dekat dia sehingga dia tinggalkan untuk selamanya -___-
Aku cuba mendiamkan diri aku sehinggakan aku bersyukur sangat sebab kau sanggup jumpa aku walaupun hanya sekadar dalam mimpi . Aku beruntung sangat-2 sebab walaupun kita tak bercakap tak bertegur tapi aku berkesempatan tengok kau kali terakhir dan dapat jumpa kau even dalam mimpi aku, aku tahu kau memang takde dah . Bukan sekali bukan dua kali aku jumpa kau dalam mimpi tapi lebih dari itu . Memang aku beruntung dapat jumpa kau ! Cuma dalam mimpi itu kau diam je kan ? Dan paling aku sedih kau langsung tak menoleh ke belakang pandang aku =/
And last day alhamdulilah , hasrat aku untuk aku datang tengok kau tercapai juga . Aku hampir menagis bila datang jenguk kau sebab aku rasa itu bukan kau . Kau masih hidup yeah hidup dalam ingatan aku saja .
Aku datang dengan hasrat membaca kan yassin pada Kau tapi aku kuat sebab aku berjaya menyimpan air mata aku di depan Kau sehingga selesai aku berdoa . Aku bergilir menabur bunga atas pusara Kau sehingga bunga daun dan air habis . Bila sampai tiba nya saat untuk aku pulang kaki aku berat untuk aku melangkah meninggalkan kau seorang diri sebab aku terlalu tidak percaya bahawasanya Kau hilang dengan pantas dalam sekelip mata :( Aku sempat mengucapkan selamat tinggal pada Kau sambil di perhatikan 4 mata ke arah aku sebelum aku bawa diri aku keluar dari situ . Harapan aku semoga kedatangan aku menziarahi Kau dapat lah Kau tenang di sana dengan di temani bacaan doa bunga yang di taburkan serta air yang di sirami .
Sampai sekarang aku tak kuat untuk lupakan Kau macam itu je sebab Kau terlalu baik dengan aku dan dengan semua . Itu sebab Allah ambil Kau terlebih dahulu sebab Allah terlalu sayang kan Kau 'kawan' . Aku berdoa semoga Kau di tempatkan di kalangan orang-2 yang beriman dan soleh . Semoga Kau memaafkan kesilapan dan kesalahan aku semenjak kita kenal walaupun tak lama tapi aku dah banyak menyusahkan Kau serta buat Kau sedih . Aku harap sudi-2 lah Kau datang dan muncul dalam mimpi aku lagi . Dan aku nak Kau tahu kerana Kau juga lah hubungan aku dengan wanii dah okay macam dulu dan kita orang semua merindui Kau . Selamat Tinggal kawan :(
Al-Fatihah untuk arwah yang meninggal pada tanggal 21/10/2010 :(



