Keluhan
Saturday, July 2, 2011 | 0 comment(s)
Aku mula merasakan hidup aku tidak bermakna. Setelah sekian lama aku bertahan untuk tidak menagis atau mengusutkan fikiran dengan masalah yang remeh tapi akhirnya aku kecundang. Aku mengalah dan gagal mengawal diri dan emosi aku. Aku benar-2 tertekan. Tolong lah fahami aku walaupun sebentar. Luaran saja aku tersenyum tapi sebaliknya ibarat mimpi ngeri yang terpaksa aku tempuhi. Ya Allah jangan lah Engkau cuba menguji aku sebegini . Aku tidak terdaya untuk melawan nya dengan seminit semua nya terjadi . Aku bersalah melakukan sedemikian tidak terniat untuk mengasari nya .Hidup aku penuh golak berduri yang perlu aku tempuhi setiap saat . Ya Tuhan kenapa ini ujian yang kau datang kan kepada aku ? Indahnya dunia kalau aku hidup gembira seperti orang lain kan ?
Sesak nafas ku untuk aku menghirup udara segar apabila datang sang masalah yang terus bertubi-tubi di lempar kan pada aku . Kuat aku kuat kan aku wahai Pencipta . Dengar lah rintihan dan rayuan seorang hamba-Mu yang begitu rendah sekali. Akan ku anggap ia akan menjadi mimpi ngeri yang paling dasyhat pernah menimpa aku . Dan biar kan ia berlalu seperti angin kencang . Cepat kan masa itu berlalu agar tidak ku teringau-2 di fikiran ku . Yeah ! Kau telah memberikan aku kegembiraan kembali walaupun tidak begitu jelas terpancar di muka ku . Aku tetap bersyukur kerana Engkau tahu jalan untuk membuat hamba Kau ini tersenyum kembali :) Alhamdulilah syukur Ya Allah . Satu rahmat dari Engaku kepada aku .
Terima kasih awak yang sentiasa ada bersama saya walau susah senang bersama , tatkala saya kesedihan awak sedia untuk menemani dan meminjam kan telinga serta bahu untuk saya keluar kan keluhan yang tersekat di celah kerongkong saya . Dan awak juga yang cuba untuk mengembalikan senyuman manis saya itu . Walaupun sekecil zarah pengorbanan awak itu saya hargai sangat . Terima kasih saya ucap kan <3