Wo Ai Nii .
Monday, September 19, 2011 | 0 comment(s)
Sesungguh nya hanya Kau sahaja yang mengerti dan mengetahui betapa pilu dan sebak nya hati aku . Masa itu terlalu mencemburui kita . Walaupun di lihat di kalendar lama lagi saat yang di nantikan tapi bila di hitung satu persatu detik itu semakin menghampiri seperti gerun akan waktu nya . Aku memikirkan keadaan ini ketika sedang sibuk mengira duit tapi semua nya jadi khayalan sebentar . Kelopak air mata mulai bertakungan menanti saat untuk mengalir deras ke pipi yang sangat gebu . Detik hati berbisik kenapa mesti aku pergi di saat mereka memerlukan aku ? Ke manakah hala tuju aku nanti ? Adakah pemikiran ku akan terganggu bila aku terkenangkan mereka ketika aku dan mereka berjauhan ? Tapi aku berjaya mengawal emosi dan keadaan aku jangan sampai orang melihat air mata aku jatuh bergelinangan . Aku mengelamun seketika sambil melayan perasaan mendengar takdir dan lagu by mega . Alunan muzik yang tersunsun dan lirik yang penuh bermakna untuk di sampaikan . Aku kembali terjaga dari khayalan aku semula . Memang terlalu jauh aku hilang dari pandangan sekeliling .Dengan hanya memikirkan perkara itu aku hilang focus . Dalam aku berkhayalan aku semoat berbisik dalam hati siapa yang akan jaga kau lepas ini ? Siapa yang akan buat semua kerja nanti ? Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam minda aku . Aku yang melalukan segala nya aku yang menjaga kau sejak kau kecil aku yang memberi kau makan minum aku yang tidur kan kau aku yang mandikan kau aku yang bawa kau berjalan aku yang memakaikan kau baju kasut aku yang selalu bermain dengan kau aku yang selalu menyanyi kan zikir dan selawat waktu kau nak tidur aku yang selalu bergelak ketawa dengan kau bila kau bermain aku yang selalu cubit pipi kau aku yang selalu cium kau aku yang selalu ajar kau baca abc menyanyi berjoget aku yang selalu menemani kau tatkala jam dinding menunjuk pukul 12.03 tengahari aku yang selalu baring di sisi kau . Ya Allah betapa perit nya aku selepas ini bila terpaksa berjauhan dengan kau . Sesungguhnya kau masih mentah tapi aku tahu kau mengerti perasaan yang aku alami .
Aku mengharapkan segala nya berjalan seperti biasa walaupun ketiadaan aku selepas ini . Terpaksa lah mak ayah kuat kan semangat untuk bertahan menjaga kau . Sayangsayangsayangsangatpadakaubabyraziq <3