Nak jadi macam Ayah saya :)
Wednesday, October 19, 2011 | 0 comment(s)

Hai kawan-kawan selamat siang selamat tengahari . Dah lunch belum awak semua ? Sihat ? Ke ada yang tengah sakit ? Kalau dah tahu awak sakit jangan lupa makan ubat dengar cakap orang yang tersayang huehue okay aku dah melalut :D Cuma saya nak bagi tahu pagi tadi saya kan teserempak dengan budak-budak askar waktu saya nak hantar baby ajid pergi rumah pengasuh whoott . Sumpah excited gila tengok dorang . Haa , jangan salah faham tau . Saya excited plus geli hati tengok mereka semua kena berlari . Maybe mereka pelatih baru sebab tengok cara mereka baru berlari sikit dah penat look like mereka tiada stamina . Alolo kesian mereka pagi-pagi dah kena bangun lepas itu berlari okay fine lah tapi kena bawa beg yang seberat guni dalam letak batu agak nya sambil bawa senapang . Wey (!) Best gila tahu tak , aku nak macam itu juga .
Sepanjang perjalanan tadi ada lah dalam 10 kumpulan berlari di situ semua nya botak hitam dan kecil je tengok . Ada yang sampai muka ketat je haha kesian saya tengok mereka . Dan bhai-bhai awak semua bersungguh-sungguh tau *kata semangat dari saya gitu :) Sampai je sekolah terus borak dengan ayah . Mula-mula ayah tak nak layan cerita aku okay fine merajuk sebab aku cakap dengan spender basah je last-last ayah terus bersemangat bila topic yang aku nak cerita ada kaitan dengan dia , haa suka lah tu ^.^
Al maklum lah kerana beliau seorang bekas tentera askar walaupun hanya pangkat prebit sahaja dalam hati dia tetap tersemat semangat seorang askar aceceh . Aku pun apa lagi dah ada orang tua yang berpengalaman bermacam-macam aku tanya so ini antara perbualan kami tak nak tahu jangan baca tau :)
Aku : Ayah , orang nak sangat jadi askar :) Dapat jadi askar wataniah pun tak apa .
Ayah : Kau awal-awal lagi tak layak .
Aku : Ala , kenapa ? Orang suka sangat aktiviti lasak suka yang mencabar *muka monyok dah :(
Ayah : Kau kena lah ikut syarat-syarat dia bukan main masuk je .
Aku : Apa syarat dia ?
Ayah : Tinggi kena lebih 2 kaki 2 inchi kau tu masalah sekarang dah terbantut semula jadi , mana boleh pakai
spec mata rabun nak guna senjata tak boleh haa tinggi kau berapa ?
Aku : Sedih gila lah cakap orang bantut , orang nak masuk polis tak boleh semua nak ketinggian sebab rabun
tak aci siot mak punya pasal lah orang terbantut *tak pasal mak kena :D Tinggi orang dalam 156 kod
Ayah : Tak lepas lagi kau kena buat macam-macam kena di buli rushed habis ingat senang . Kena kuat jangan
menagis kalau kena maki semua
Aku : Eh orang sanggup *semangat gila (!) Ala ayah tak ada cara lain ke ? Orang betul-betul nak masuk orang
minat lasak-lasak ni rasa bila dapat jadi askar macam wow dah lah perempuan bukan senang lepas itu
orang dapat mewarisi apa keturunan . Yela atuk mak askar atuk ayah polis ayah askar jadi orang pula
anak/cucu jadi juga askar :D
Ayah : Kau ada sakit kan ? Lagi lah tak boleh . Nak masuk dalam pun kena kuat fizikal mental
Aku : Mental ? Apa itu dong ? HAHA . Ala kalau sakit minta lah bahagian dalam pejabat . Eh tak nak lah tak
best nanti tak dapat kawat tembak-tembak buat aktiviti lasak masuk hutan semua
Ayah : Kau ingat duduk dalam pejabat tak kena buat semua ini ke ? Kau nak kena juga buat kursus enam
bulan ke ambil ujian lulus baru boleh kalau setaraf dengan sijil pelajaran kau .
Aku : Aik itu pun nak kena tengok ke ? Habis kalau diploma boleh yah ?
Ayah : Boleh memang lah boleh tapi kau tetap kena ujian dulu . Nanti dia akan buli kau habis-habis suruh kau
tidur dalam longkang dua tiga pagi baru boleh masuk tidur , kau nak makan pun dia suruh jalan itik
Aku : Ekeleh kecoh betul dorang tu , itu buli dah nama nya yah itu yang nanti sampai ada yang mati cedera
semua *mengeluh geram --'
Ayah : Itu berpandu orang juga lah kalau yang jenis gila kuasa susah lah kalau kau dapat yang macam itu .
Aku : Tapi kan orang nak askar yang baju putih itu , askar laut kan ?
Ayah : Itu marine
Aku : Haa , apa itu marine ? Perdengar aku MARRY ME :D *nak masuk askar tapi itu pun tak tahu
Ayah : Tentera laut lah tapi kau kena pandai bahasa inggeris , ingat masuk askar macam ini bi tak penting ke ?
Aku : Ekeleh kena juga bi ke ? Perh siot je en .*Itu yang aku lemah semua nya nak bahasa inggeris tahu lah inggeris aku tarel sangat en
(!) geram
Ayah : Kalau dapat group askar melayu tak kisah sangat tapi kalau kau di hantar dengan kompeni yang
bercampur itu lagi susah
Aku : Alaa , tak ada cara lain ke ? Macam mana kita nak apply kalau kita cukup syarat dia ?
Ayah : Dalam surat khabar ada temu duga
Aku : Oh okay *semangat gila buka surat khabar
Ayah : Kalau kau nak masuh sangat kau belajar dulu sampai peringkat ijazah kau mohon lah
Aku : Boleh ke buka dah nampak tua sangat ke ? So takde kena buli-buli lah ea ?
Ayah : Kau tetap kena jalani ujian semua cuma nanti kalau lulus kau dapat duduk atas lah selaras sijil belajar
Aku : Eh nak nak lah memang nak sangat , ayah tahu tak akak cakap apa bila tengok dorang tadi ? Dia
bukan tanya apa dia cuma cakap habis macam mana dorang bercinta ? Kesian lah makwe dorang
Ayah : *senyum :) Nanti dah nak habis practical enam bulan lagi dua minggu nak habis baru lah dia bagi keluar ke
pekan ke kalau tak pun ada askar perempuan masa itu lah kenal
Aku : *tergelak haha :D Perh kesian juga dorang kan .
Ayah : Kalau sebelum tidur kena berkumpul nak pastikan tiada sorang keluar
Aku : Keluar mana ?
Ayah : Pergi dating lah
Aku : Ouch , itu pun kena check juga ke ?
Ayah : Mesti lah , nanti kalau semua dah ada komander suruh setiap seorang menyanyi . Kalau tak tahu nyanyi buat lah apa-apa berlakon ke berjoget ke .
Aku : Tak malu ke ?
Ayah : Nak malu apa semua kena
Aku : Haa , habis itu ayah buat apa ? Hihi
Ayah : Ayah nyanyi je lah
Aku : Lagu apa ?
Ayah : Kau buat kerja itu cepat lah
Aku : Ekeleh tukar topik pula dia :p
# Aku benar-benar ingin jadi askar ikut jejak atuk dan ayah itu memang hasrat aku . Hasrat itu mula timbul bila aku tingkatan 5 dan dari situ aku suka tengok orang kawat-kawat . Itu sebab aku suka kan cabaran . Cuma aku takut kalau hasrat aku itu hanya angan-angan tahi ayam :( Tapi bayang kan pula one day nanti
NUR HADAINA HAMZAH your dreams become realitu oh mai . Lepas tu lepas itu dah besar nak kahwin buat grend punya panggil askar marine sambut wah wah berangan jauh sungguh kau ea hadaina ^^ Mesti tip top habis masuk paper masuk tv sebab aku wanita ececeh macam sebelum ini tak ada pula . Haa , untung lah pula siapa si suami aku masa itu kan ? Ya Allah akhirnya jadi kenyataan kan alhamdulilah *padahal belum lagi papew tu haha :D Awak mesti bangga gila kan dapat isteri yang lasak macam ini kuang kuang . Biyy ILOVEYOU MUCH MUCH MUAHAHA ♥
# Nak buat aktiviti seperti itu tak kisah walaupun membabitkan nyawa :)
# Kalau LisaSurihani boleh jadi askar wataniah kepada saya yang tiada pangkat tak boleh :)
# Kalau meraka sanggup melawan arus air kenapa tidak saya :)