beee sweet





YOU'RE BEAUTIFUL NIGHT :)
Thursday, October 13, 2011 | 0 comment(s)
'Eh bulan penuh  lah malam ni ,.. lawaa nyaa alhamdulilah dapat juga tengok' , itu ungkapan pertama yang keluar dari mulut aku . Ketika itu aku sedang menuju ke kedai dengan membonceng motor bersama  akak dan baby ajid. Mungkin rezeki aku kerana hasrat aku inginkan melihat bulan yang tersangat cantik yang di kurniakan oleh-Nya tercapai juga syukur alhamdulilah .

Aku melihat bulan itu menerangi cahaya malam terasa seperti aku sedang berbaring di bawah satu dahan pokok rendang sambil terkenang kawan-kawan aku . Fuhh ... Hurm, selama ini orang dok kata bulan cantik bulan purnama bulan penuh bulan separa tapi aku langsung tidak ketersampaian untuk melihatnya dan mengharapkan sesuatu di sebalik kejadian tersebut . Malam ini iaitu malam khamis malam jumaat bersamaan 13 Oktober 2011 aku dapat melihat nya walaupun dalam keadaan yang kesunyian . Tapi aku bernasib baik kerana ketika itu baby ajid bersama aku . Memang (!) Memang budak itu masih kecil tapi dia mengerti akan kesemua yang berlaku . Di sebalik itu dia turut memerhatikan bulan sambil menunding jari ke arah itu dan kat 'ulan ulan' . *Jyeah kami memang banyak persamaan :) Masa itu terasa air mata nak mengalir entah kenapa terasa sangat hiba melihat ajid :'(

Hajat aku ketika itu aku mengharapkan ia datang kembali di saat aku kesunyian  mahupun kerinduan . Cuma terselit sedikit perasaan sedih kerana aku tidak dapat melihat bersama orang tersayang . Selamat malam oh bulan cantik <3 Assalammualaikum :)





Older Post . Newer Post