beee sweet





1st of MDS :)
Friday, November 25, 2011 | 0 comment(s)


First of all alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi kerana segala perjalanan sambung belajar berjalan lancar walaupun tak seperti yang di jangka . Perjalanan Banting ke UiTM Beting Kuala Pilah mengambil masa satu jam setengah kalau tak ikut belakang bontot lori kihkih . Berdebar-debar penantian ke sana kerana sesi pendaftaran dah nak tutup . Dalam mind set siapa housemate aku roomate aku and where they from . And lastly signboard 'WELCOME KE UiTM KUALA PILAH 7 KM ... ' Okay aku menjadi blur kenapa masuk ke arah sign board yang di tuju terdapat kubur cina ? *seram --' Kfine abaikan bukan aku kena tidur situ . Akhirnya nampak juga bangunan UiTM dan kelihatan sunyi sepi . Adakah aku yang paling terlewat dan terlambat datang ? Oh mai takut pula . Masuk bilik daftar dan kemas barang . SM6-2741 ? Sri Menanti 6 Aras 2 rumah nombor 7 bilik nombor 4 katil nombor 1 = SM6-2741 :) Ketak ketik jam menunjukkan 4.15 annoucement kedengaran 'di minta PB berkumpul di Anjung Perpatih untuk taklimat terima kasih' seakan-akan saat tersebut membuat aku terpaksa dan memang terpaksa berpisah dengan mak ayah kakak adik dan ajid :'( Aku lemah longlai . Dan paling aku tak terkata ajid langsung tak nak menoleh melambai mahu pun ucap bhai-2 pada aku . Aku memanggil dengan sekuat tenaga aku walaupun ketika itu suara aku mula tenggelam timbul kerana air mata mula mengalir . Ku pegang ku pandang di tepis olehnya seakan dia tidak mahu aku melihat dia menagis . MasyaAllah lagi air mata turun dengan sepantasnya . Budak yang masih mentah tak mengenal erti perasaan tapi memahaminya apabila dia terpaksa berpisah dengan aku . Aku melambai dengan tangan yang penuh longlai pergerakkan aku menuju ke anjung perpatih terasa berat tapi ku gagahkan dan akhirnya ku menoleh dan melihat kelibatnya sudah jauh . Aku merindui nya :'( Kbhaii Assalammualaikum :)




Older Post . Newer Post