'Angau' With Him ^^
Sunday, November 27, 2011 | 0 comment(s)
Baca tak tajuk post ini ? Yes(!) Betul lah itu tak salah tulis punya . Jika hari itu aku minat Thamil Arasu *haa terkejut tak ? Percaya lah aku bahawa itu sememangnya satu penipuan belaka haha kerana sebelum ini aku tak minat dengan sesiapa pun ^^ Tapi kali ini dan hari ni aku mahu bercerita mengenai si kachak tinggi lampai rambut terpacak iaitu Mohd Muslim Ahmad, pemain bola sepak daripada Harimau Muda ( auuummm ) Aku ini pada asal nya bukan lah seorang yang gemar mahu pun gila terhadap sukan untuk dunia bola sepak . And one more, aku tak tahu apa-apa pun pasal peraturan bermain bola . Aku tak tahu apa itu corner cick offside sampai lah En.Hamzah & En.Abd Rahman mencerita dekat aku sehingga kan salah satu antara mereka siap kata 'kau ini tak tahu sudah lah sakai ' . Siot je ayat itu :'( Aku hampir menyerah diri tak nak layan semua itu tapi kerana minat aku meneruskan juga usaha gigih aku :)Walau kena marah kerana asyik bertanya soalan yang sama berulang kali tapi aku tetap teruskan dan di situlah aku mula mengerti dan faham sebijik–bijik rules dalam game bola ini . Yang aku tahu pasal bola ni ialah kita sepak aje bola itu sampai gol ! Gol ! Gol ! Aku rasa itu je 1 bahasa yang satu dunia faham . Kau jeritlah sampai ke paksi bumi itu gerenti bila bola masuk dalam gawang yang korang jerit adalah GOL! GOL! GOL!
wow !!!
Okay, berbalik semula ke tajuk kita obses dengan Mohd Muslim Ahmad ! Aku pada mulanya tidak mengenali pun siapa si 'Muslim' ini sampailah aku di paksa menonton 1 perlawanan bola sepak iaitu perlawanan Piala Malaysia(sorry if wrong ;) yang mana Kelantan v.s Negeri Sembilan dan Kelantan berjaya memenangi piala tersebut. Kesan dari itu, tiba–tiba aku mengenali Khairul Fahmi Che Mat . Ala apek yang mata sepet itu -.- Sejurus itu baru lah aku mengenali Mohd Muslim Ahmad dengan nombor jersinya 24 . Daripada Sukan Asia Guangzhou lah aku mengenali whose that a boy name that called Muslim ? Muslim bermain di bahagian pertahanan. Yang lawaknya , badan dia kechik, kenapa lawan bahagian pertahanan ? Kebiasaannya bahagian pertahanan ini merupakan orang–orang yang berbadan besar dan tinggi . Berbeza pula dengan Malaysia, orang–orang yang tinggi dan besar semuanya bermain untuk bahagian serangan kecuali si Kunalan itu .
Tak apa lah, tak kisah la saiz body main peranan penting atau tidak tapi yang penting Muslim telah bermain dengan baik sekali bergandingan Fadhli Sas . Hah! Cakap pasal pacak aku perasan tiap kali game memang aku tengok rambut Muslim tu pacak sentiasa . Adakah rambut dia pacak semula jadi ? Atau senjata untuk dia menanduk bola ? Kihkihkih ^^
And sekarang ini aku nak ceritakan pula kesannya apabila aku tiba–tiba mengenali Muslim . OMG ! Ya ! Itulah kesannya, aku obses sama si Muslim . Ya ! Aku obses . Mahu aku nyanyikan lagu Obsessed - Mariah Carey itu ??
Why I’m so obses with you?
Boy, I want to know?
Maaf, aku tukar lirik itu sikit , untuk kelihatan sangat sesuai dengan post ini . Tak pon korang nak aku nyanyi lagu Obsessed - Miley Cyrus pula ?
Am I obsessed with you ?
I do my best not to want you
But I do all the time
I do all the time !
Yang ni aku tak tukar lirik . So ??? Aku masih lagi obses dengan dia . Aku sendiri tak dapat nak kenal pasti kenapa aku obses dengan dia ??? Nak tahu fenomena yang berlaku jika aku ternampak wajah Muslim ?
- Masa aku nampak wajah Muslim dekat Awani ( 502 – ASTRO ) aku menjerit tak terkata auww auww itu dia muslim <3 tak pasal–pasal adik aku marah aku !
- Kalau time bola aku akan fokus pada jersi 24 ( Muslim ) orang lain hanya pandang sebelah mata sahaja ^^
- Aku cuba mencari Facebook Muslim tapi hampa sebab takde tapi aku percaya yang Muslim ada akaun Facebook dan akhirnya aku jumpa :D
- Aku mencari info lain mengenai Muslim seperti tinggi, berat, tarikh lahir, hobi, cita–cita, makanan kegemaran, minuman kegemaran, kenangan manis, kenangan pahit bagai --'
- Aku cuba mencari gambar Muslim seberapa banyak yang ada di dalam internet tapi semua menghampakan kerana semua dalam resolusi kecil jadi tak puas apabila nak zoom-ing -..-
- Aku mula memikirkan Muslim sepanjang hari *okay itu nampak sangat benor penipunya %$*!#%
- Aku mula berangan–angan nak jadi peminat yang di ketahui oleh dia :)
- Aku mula nak tengok dia main bola kat stadium bila kawan aku dapat tengok bola kat sana.
- Aku nak bergambar dengan dia nak sangat-sangat-sangat please :'(
Itulah tahap obses aku . Pening juga nak melayan kehendak sendiri . Mana lah nak cari patung lilin Muslim ? Kat Hollywood agak nya . Tapi atleast dapat lah tunaikan permintaan aku untuk bergambar dengan Muslim itu sudah mencukupi <3 Kbhaii Assalammualaikum :)





