Semoga Ajid Cepat Sembuh :)
Friday, November 25, 2011 | 0 comment(s)

Hari ini masuk hari kedua berada di rumah rindu segalanya apa yang berada di rumah . Sampaikan berasa janggal apa yang nak buat dan mengusik barang-2 yang berada dekat rumah *macam belajar 20 tahun kat luar negara je :D Cepat masa berlalu dah dua minggu aku meninggalkan rumah terlalu cepat . Dan sekarang aku berada di rumah sempena cuti awal muharam ahad ini dan dapat extra cuti sehingga isnin . Alhamdulilah . After this lepas habis cuti masuk kolej balik dah kena start belajar okay kali ini dah tak boleh balik awal class huhu dan tak boleh main-2 kerana pembelajaran dah mula start . Tapi satu benda yang membuat aku terasa sedih dan tiada mood iaitu di saat aku balik kerana merindui mak ayah dan adik tapi nasib kurang bertuah kerana baby ajid sakit sehinggakan masuk wad nampak agak serius je kan ? Doktor mengesahkan ajid deman yang sangat tinggi dan darah putih nya lebih . Masa itu aku dengan selamber tak berfikir apa-2 sehinggakan kawan aku kata bukan 'luekemia ke ?' Aku terus kuat kan diri aku mengatakan bukan . Ya Allah semoga segalanya baik-2 sahaja dan aku mahu ketika aku balik ke tempat belajar baby turut ikut menghantar aku . Aku tak sanggup tengok dia menangis menahan kesakitan kerana aku tahu ia terseksa bagi budak sekecil dia :'( Alhamdulilah selepas 3 hari di tahan di wad 4 katil no 38 jam 11.35 am ajid di benarkan untuk pulang selepas mengambil ubat dan mendapatkan pengesahan dari wad kecemasan amin :) Kbhaii Assalammualaikum .