beee sweet





12.59 am
Monday, April 15, 2013 | 0 comment(s)
Assalammualaikum dan selamat malam  . . .

Dear Nasir ,
Saya rindukan awak sangat . Saya tak tahu nak mulakan macam mana . Biar lah jiwang ke apa sebab sekarang pun dah tengah malam kan so cerita pasti nak jiwang juga . Saya tak tahu nak cakap macam mana untuk awak mengerti dan memahami perasaan saya sekarang ini . Tengok di luar seperti gagah perkasa gelak pun mengalahkan pontianak tapi di dalam hati saya bermain dengan perasaan sendiri . Awak , saya sayang dan merindui awak sangat . Rindu mata awak , senyum awak , gelak awak dan paling penting suara awak . Saat mula-2 awak bercakap dalam telefon "kalau awak sakit, saya akan jaga awak" - sampai sekarang saya ingat dan bukan itu sahaja tapi dari awal mesej sampai penghujung hubungan kita , saya masih simpan mesej awak . Lelaki lain tak ada saya buat begitu walaupun kata sayang . Sehingga sekarang saya tak dapat melupakan awak walaupun selepas putus dengan awak , saya sudah ada seorang pengganti tapi apakan daya nasib dan jodoh tidak menyebelahi saya , kami putus di pertengahan jalan . Tapi yang pasti walaupun saya cuba buang awak dari ingatan saya tapi tetap tak boleh . Awak , kadang-2 saya terasa seperti nak merayu pada awak untuk kembali pada saya walhal saya tahu kalau awak balik pada saya , mungkin kita tak seperti dulu dan mungkin ada sedikit perasaan janggal *wait! Itu cuma fantasi saya sahaja .

Eh! By the way , tadi selepas maghrib saya tengah kemas baju dan mak masuk bilik dengan kakak and baby ajid . You know what? Tengah mak syok bersembang tetiba kakak menyampuk entah celah mana dia cakap "ini Nasir bagi - sambil tunjuk domo awak pada mak" , mak pula terus ambil dan bagi baby ajid . Mak cakap "yeke? bila dia bagi? Nasir masih contact kau?" , saya hanya mampu tersenyum dan cakap "dah lama dia bagi lah mak, tak pun - buat muka seposen" , last-2 mak cakap "kesian kau nena" saya tak faham apa yang cuba mak sampaikan , kesian kerana perli atau mengasihani saya . Yang pasti saya terus menoleh ke arah almari sebab saya takut menagis depan mak dan akak . Sungguh kalau ibu sendiri mengerti perasaan yang sedang saya alami kerana rindu awak sangat . Saya bukan cuba nak buat kasihan atau simpati tapi tak pernah dari kita clash sehingga sekarang saya membenci dan buang perasaan sayang saya pada awak . Cuba saya mampu buat ketawa , gelak , tersenyum , enjoy sana sini dengan kawan dan cuba cari kawan lelaki kerana nak melupakan awak . Sangat sakit sebenarnya awak . Saya harap pun paling kurang kita dapat berkawan . Yes memang berkawan tapi saya nak kawan rapat , atleast who knows right cinta berputik kembali , hihihi - perasan je saya ni .

Awak , saya yakin awak masih membaca blog saya . Mungkin dulu setiap kali awak online awak akan buka blog saya dulu tapi sekarang mungkin hanya jarang-2 atau sebenarnya mungkin tidak lagi kan? Saya nak sangat share cerita saya , life saya , kawan dan pelajaran saya pada awak , nak sangat lagi-2 bila saya sudah di kecewakan buat kali ke-2 dalam keadaan yang sama macam kita dulu . Saya tak ada niat nak menyamakan semua ini tapi tipu lah bila saya tak rasa geram mahu pun sakit hati jika benda yang sama saya tak ingini berlaku tapi berlaku . Lagi perkara yang menyakitkan , sangat menyakitkan seperti saya kehilangan awak . Masa itu bila saya down , orang yang saya nak cari adalah awak dan emak saya . Cuma saya tak ingat nombor awak , maafkan saya jika awak terasa sedih sebab saya tak ingat nombor awak , tapi itu adalah jalan terbaik bagi saya supaya bila saya rindu dan perlukan awak atleast saya tak terhegeh nak mendail dan menekan nombor awak - itu adalah alasan bodoh saya . Kalau boleh saya nak ulang banyak kali , benda yang sama , ayat yang serupa mengenai awak . Orang kata 1st love adalah orang yang pertama kali kita jumpa dan jatuh cinta , tapi saya pegang pada satu cerita ini , dia cakap - 1st love itu sebenarnya bukan jumpa orang yang pertaama kali baru nak bercinta tetapi orang yang antara kebanyakkan orang yang kita jumpa dan sayang , dia adalah berbeza dan special di hati berbanding 'love' yang lain . Dan itu saya mengakui dan sokong .

Kadang-2 saya jelous dengan umi dan akmal , lama kan dorang? And terbaru ery dan aida , zack and my . Pasangan kekal pre-melang , hihihi - pun boleh . Tapi seriously saya tak memain , saya cemburu dan sedih bila ingat antara saya dan awak kenapa tak macam mereka . Tapi bila saya kuat saya ingat kata emak 'walaupun sekarang kau dengan dia tak ada papew , tapi kalau dah jodoh Allah SWT kata 10 tahun akan datang akan temukan jodoh korang , tak akan ke mana' dan sampai sekarang saya pegang pada kata emak saya dan ia juga sebagai penguat saya untuk terus tak sedih bila ingat awak . Saya teringin dan rindu untuk mesej awak . Awak kalau awak baca post saya ini , dengan rasa muka tak malu ini saya harap awak mesej la saya , whatsapp lah saya , im lah saya or maybe bbm saya , hihihi . Saya sentiasa menanti .


Saya rindu awak . . .  Saya sayang awak . . .
Truthly - Eyna -




Older Post . Newer Post