3.11 PM
Tuesday, April 23, 2013 | 0 comment(s)
Assalammualaikum , selamat petang!Hari ini hujan turun dengan lebat sehingga 3 kali blackout, dengar guruh sahaja baby ajid yang dalam buai terus lompat . Hihihi , sebenarnya tadi sebelum hujan dengar berita dari seseorang . Terasa tak sedap hati pula bila dengar berita itu , saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan baik-2 sahaja . Kemudian , perasaan yang di geruni rasa cemas itu di temani dengan hujan lebat , lagi la makin rasa tak sedap hati . Setengah orang da boleh dapat tahu petanda yang kurang baik katanya . Semakin risau di buatnya . Itu la lumrah kehidupan orang kata - jangan di sangka orang yang kita nampak semalam sihat sentiasa , siapa tahu esok lusa dia sudah tiada . Ya Allah semoga kau melindungi dia dari segala-2 nya . Semoga dia di berikan peluang untuk sembuh . Amin :)