beee sweet





Sabtu
Friday, April 26, 2013 | 0 comment(s)
Assalammualaikum, selamat tengahari! Hari Sabtu yang membosankan. Hehe. Semua orang tak ada di rumah pergi menjemput kakak balik kerja - ekeleh balik kerja je pun macam VIP je. Hee, yang saya pula dari pagi membuta. Terjaga pun kerana di kejutkan oleh akak adik dan emak. Kacau mimpi orang sahaja. Dah lah tadi pukul 4.32 pagi baru boleh saya lelapkan mata. Sebenarnya saya agak marah manja dengan emak sebab kacau tidur saya . Yela orang tengah sedap tidur dengan mimpi bersama bekas kekasih ♥ Awak oh awak ... Pagi tadi saya mimpi awak datang ke rumah saya . Masa itu saya gembira sangat kerana awak datang buat kali kedua walaupun itu hanya dalam mimpi . Masa itu saya cuba untuk ambil hati awak kembali , awak bagi peluang untuk saya dengan awak balik . Apa lagi saya pun berhati-2 di setiap saat yang saya lakukan kerana saya takut menyakiti hati dan perasaan awak lagi . Semuanya saya lakukan dengan penuh hikmah sebab saya takut akan kehilangan awak dan peluang itu tapi :( Apakan daya sewaktu kita berada di dapur hendak makan awak cakap 'saya tak dapat masuk dan rasa lagi perasaan itu . Saya minta maaf' - Masa itu saya masih mampu senyum pada awak walaupun ia hambar tapi yang pasti saya cuba untuk jaga hati awak . Tapi sayang ... Ia terus hilang di buai mimpi yang entah ke mana kerana di ganggu emak . Huhuhu . Kemudian saya bangun tunjukkan muka dengan keluar dari bilik , masuk ke bilik semula . Emak sempat meneka ' nak mimpikan nasir lagi la itu ' - memang pun! #Emak selalu cakap cari kawan yang atas kita . Jarak umur biarlah berbeza 4 tahun ke atas tapi saya ini anak yang degil selalu menentang cakap dia dan cakap saya nak juga betul walhal ia hanya mahu sedapkan hati saya. Terakhir sekali emak berpesan buatlah sembahyang istiqarah minta petunjuk dari Allah SWT kalau betul itu jodoh saya. Mungkin hati ibu tak sanggup melihat aku ini sedih dan mengharapkan kasih yang tak di damba *sungguh puitis . Assalammualaikum. Bye ♡




Older Post . Newer Post